Wednesday, November 26, 2008

Cerita Azrul di Perak dan Farouk di Melaka

Terlebih dahulu , maafkan saya di atas kelewatan untuk mengemaskini cerita terbaru Warung Kita di Perak dan Melaka atas beberapa kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Saya tahu mesti ramai yang kecewa kerana terlepas beberapa lokasi makan khasnya bersama Azrul.
Jadi hari ini saya akan update semua penggambaran yang telah dibuat dan juga yang akan dijalankan selepas ini.
Cerita Azrul....
24 nov - Azrul telah bergerak ke Tanjung Malim... Apa lagi.. pi pekena breakfast Pau Yik Mun ... sedap katanya.. tak tahulah berapa banyak pau dia dah telan.... seterusnya makan satay di tapah sebagai santapan untuk tengahari... fuh... sedap gak tuh..... dah sedap layan satay... dia makan pulak mi rebus. tp dia kata mi rebus kat sini special ckit... ada mi rebus ayam, mi rebus tulang dan mi rebus daging.....hmmm..... lain dari yang lain..... so... azrul bedal tiga-tiga sekali ker.... hahahah.... entah lah.... ye la kot....
25 nov - kalau ikut jadual, hari ni azrul akan melawat beberapa kawasan iaitu di zoo taiping... apa la pulak azrul ni buat kat situ.... takkan nak makan haiwan kat situ kot... pastu dia akan ke penjara taiping... iskh .. macam2 la azrul nih..... hahah.... dan satu lagi ... muzium taiping.... ye la kan .. nak kene tahu jugak sejarah taiping nih.... tapi malam dia pegi makan Kat Doli Kuey Teaw Goreng..... Camner bro.... perut mesti penuh..... lepas nih agak2 berapa kilo la dah bertambah...... :)
26 nov - Jadi hari ini hari terakhir dia di Perak....Azrul akan bersarapan nasi lemak Muhibah..... kemudian akan makan mee udang banjir Mok De....
Jadi sesiapa yang rasanya tahu kat mana nak makan semua nih.... korang carilah Azrul di sana.....hahaahah....
Cerita Farouk...
26 nov - Mr Farouk kita pula akan berada kawasan sekitar A Famosa kemudian mendaki bukit St. Paul pada pagi nya.... nak amik angin dulu katanya.... setelah penat naik bukit turun bukit.. beliau akan makan tengahari di Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Jalan Mahkota Square.. dekat jer dengan menara Taming Sari... lepas makan tak sah kalau tak naik menara Taming Sari.... nak tgk Bandar Melaka pulak katanya.....
so kita tunggu yer....
kepada sesiapa nak jumpa Farouk Hussain..... datang tempat nih pagi nanti ok......... atau jumpa dekat kedai Asam Pedas tu... atau pun... korang tunggu je la kat menara.... sampai la dia nanti.....
Jumpa nanti ok......

Sunday, November 23, 2008

Jumpa Azrul di Perak 25-29 Nov 08

Sebagaimana Farouk, Team Azrul pula akan berada di Perak.... menjejak lokasi warung yang paling sedap di sana... Apa la agaknya yang akan berlaku di sana.... pecah perut la nampak nya orang kat sana.... mana tidak nya... siapa tak kenal dengan Azrul... peserta Raja Lawak season 2 di Astro.... hahahah...

Lokasi yang bakal dikunjungi akan saya beritahu esok.......

So... kepada semua orang Perak... jom tunggu kehadiran Azrul di sana ok.....

Ini adalah di antara gelagat mereka berdua pada penggambaran yang lepas.... macam macam...

Jumpa Farouk Di Melaka 25-29 Nov 08

2, 3 hari ini, schedule agak tight sebab beberapa perkara penting mesti diselesaikan.... selesai sudah episod di kuala lumpur dan kini process editing sudah pun bermula.... dekat lokasi kitaorang dah pecah perut tengok gelagat diorang berdua nih.... masuk bilik editing.... editor pulak sambung ketawa sakan..... entah bila nak siap saya pun tak tahulah kalo macam nih.... hahahaahha......

Persediaan untuk ke lokasi seterusnya harus di atur rapi..... selepas ini kedua dua host ini akan berpecah mencari haluan masing masing.... Azrol ke utara dan Farouk pula akan ke selatan tanahair.... semuanya sebab nak mencari tempat makan yang paling best.

Lokasi pertama... Team Farouk akan ke Melaka. Penggambaran di sana bakal mengambil masa 5 hari.. bermula 25 nov hingga 29 nov 2008... antara lokasi yang terlibat adalah di sekitar kawasan Jonker Street, Muzium Cheng Ho, Menara Taming Sari , dan tentunya beberapa kedai makan yang telah dikenalpasti akan dikunjungi.....

Jadi, bagi sesiapa yang ingin bersama sama Farouk dalam pencarian Warung Kita, boleh ke tempat yang akan diberitahu esok......

so... korang tunggu yer..........

Wednesday, November 19, 2008

Ketawa Sampai Nak Pecah Perut....

Maka dengan ini telah bermulalah penggambaran Program Warung Kita untuk siaran ASTRO.

Walau pun sebelum ini memang saya sedia maklum bahawa kedua-dua host ini mempunyai kelebihan berlawak dan berlakon.... namun hari ini kebenaran itu memang betul-betul menguji saya dalam memastikan semuanya berjalan lancar....
Mana tidak nya.... saya bersama semua crew terpaksa menahan ketawa di sepanjang penggambaran... malah ada juga yang tak mampu menahan perut ..terus tergelak ketawa berdekah-dekah melihat aksi mereka.... apalagi.. terpaksalah roll camera lagi sekali... fuhh memang penat...
kedua-dua host ni pula.. dengan muka selamba buat lawak yang tak dirancang.... itu yang buat lagi pening kepala...
Inilah sedutan aksi yang berlaku di set .... Jom kita lihat aksi mereka..........
shot ni masa tengah breakfast pagi dekat restoran Lotus sebelah Nikko Hotel.... dekat sini ada roti badura... mmg best.. sesapa nak boleh try...

ini lah gelagat diorang bila dah depan kamera.... very profesional...


Makan tengahari plak pi dok pekena Kari kepala ikan dekat kampung Pandan... area jalan yap kwan seng..... perrgghhhh.... terliur tgk masa tengah shooting..... tapi nasib baik boleh bedal lepas tu.... hahahah... nasi makan sikit jer.... ratah kepala ikan je yang lebih..
Lepas tu diorang ni pergi jalan-jalan dekat lebuh ampang... dah macam bollywood pula jadi nya.... iskhh... macam2 diorang berdua ni....
Sebenarnya ada lagi nak cerita untuk hari ini.... tapi takpe.... esok kita sambung.... ok
Tungguuuuuuuuuuuuuuu.....

Monday, November 17, 2008

Warung Kita - Coming Soon ....New Program @ ASTRO Prima

Here are little bit info about WARUNG KITA....

There are many food stalls or better known as warong that offers a wide range of delicious foods in Malaysia. These warong’s offers breakfast, lunch and dinner also not to forget, pastries or also known as kuih-muih for evening tea at very reasonable prices that can be enjoyed by all Malaysians. This program will prove to the audience, they can enjoy good and delicious foods at very low prices. Indirectly this program will help local warong owners to introduce their special delicacies that can attract people to come and enjoy the foods. Also included some tips in every segment of the program regarding healthy eating.

This program will explore every state in Malaysia. The reason for this exploration is to reveal the special recipes of the area or district that offers delicious and great foods. Among the recipes that will be presented in the show such as grilled fish and chicken, beef soup, beef kerutup, fried chicken, and varieties of ‘ulam’ also included, sambal belacan, tempoyak, budu and cencalok as enhancers for the foods taste.

This program will be host by 2 talented comedian and actor ;






Azrul Zaidi
Raja Lawak Season 2




Farouk Hussain
Film Actor, Comedian


The shooting is going on now !!!!
If you guys want to meet them, don't forget to visit at our first location for WARUNG KITA at Jalan Doraisamy .... 7 pm onwards..... tomorrow .. 18 Nov 2008..
Come ... and get to know them.... and maybe you will be on camera......
See u guys there.....