Thursday, December 11, 2008

Siapa nak Makan Bersama Farouk di Neg 9 ???

Sebelum ini saya ada menyatakan tentang sesuatu yang akan saya war-warkan bila tiba masanya nanti. Jadi ... kini ... eloklah saya gemakan pada semua members...

KAMI SEDANG MENCARI 2 ORANG DARI KALANGAN MEMBERS WARUNG KITA UNTUK MENEMANI FAROUK HUSSAIN MENIKMATI HIDANGAN YANG TENTUNYA SEDAP DAN SANGAT SEDAP.

Kriteria yang diperlukan:-
1. Anak jati Negeri 9
2. Lelaki/Perempuan berumur 18 tahun ke atas.
3. Berpersonaliti menarik.
4. Seorang yang suka berjenaka/mudah ketawa dan,
5. Mesti mempunyai pengatahuan yang luas mengenai budaya, gaya hidup, selok belok jalan dan yang paling utama, tahu lokasi kedai makan/warung pilihan yang menarik di Negeri Sembilan.

Jadi kepada sesiapa yang berminat dan menepati kriteria di atas, hantarkan sekeping gambar bersama biodata dan sedikit cerita yang menarik tentang diri anda kepada alamat email jomwarung@yahoo.com

Mudah dan menarik kan... ANDA JUGA AKAN DIMUATKAN DALAM EPISOD WARUNG KITA untuk lokasi di Negeri Sembilan bagi tayangan di ASTRO Prima kelak.

Pihak kami akan menghubungi anda sekiranya anda berjaya.

TARIKH TUTUP 13 DISEMBER 2008. JUMPA KAMI DI SANA.

No comments: