Wednesday, November 26, 2008

Cerita Azrul di Perak dan Farouk di Melaka

Terlebih dahulu , maafkan saya di atas kelewatan untuk mengemaskini cerita terbaru Warung Kita di Perak dan Melaka atas beberapa kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Saya tahu mesti ramai yang kecewa kerana terlepas beberapa lokasi makan khasnya bersama Azrul.
Jadi hari ini saya akan update semua penggambaran yang telah dibuat dan juga yang akan dijalankan selepas ini.
Cerita Azrul....
24 nov - Azrul telah bergerak ke Tanjung Malim... Apa lagi.. pi pekena breakfast Pau Yik Mun ... sedap katanya.. tak tahulah berapa banyak pau dia dah telan.... seterusnya makan satay di tapah sebagai santapan untuk tengahari... fuh... sedap gak tuh..... dah sedap layan satay... dia makan pulak mi rebus. tp dia kata mi rebus kat sini special ckit... ada mi rebus ayam, mi rebus tulang dan mi rebus daging.....hmmm..... lain dari yang lain..... so... azrul bedal tiga-tiga sekali ker.... hahahah.... entah lah.... ye la kot....
25 nov - kalau ikut jadual, hari ni azrul akan melawat beberapa kawasan iaitu di zoo taiping... apa la pulak azrul ni buat kat situ.... takkan nak makan haiwan kat situ kot... pastu dia akan ke penjara taiping... iskh .. macam2 la azrul nih..... hahah.... dan satu lagi ... muzium taiping.... ye la kan .. nak kene tahu jugak sejarah taiping nih.... tapi malam dia pegi makan Kat Doli Kuey Teaw Goreng..... Camner bro.... perut mesti penuh..... lepas nih agak2 berapa kilo la dah bertambah...... :)
26 nov - Jadi hari ini hari terakhir dia di Perak....Azrul akan bersarapan nasi lemak Muhibah..... kemudian akan makan mee udang banjir Mok De....
Jadi sesiapa yang rasanya tahu kat mana nak makan semua nih.... korang carilah Azrul di sana.....hahaahah....
Cerita Farouk...
26 nov - Mr Farouk kita pula akan berada kawasan sekitar A Famosa kemudian mendaki bukit St. Paul pada pagi nya.... nak amik angin dulu katanya.... setelah penat naik bukit turun bukit.. beliau akan makan tengahari di Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Jalan Mahkota Square.. dekat jer dengan menara Taming Sari... lepas makan tak sah kalau tak naik menara Taming Sari.... nak tgk Bandar Melaka pulak katanya.....
so kita tunggu yer....
kepada sesiapa nak jumpa Farouk Hussain..... datang tempat nih pagi nanti ok......... atau jumpa dekat kedai Asam Pedas tu... atau pun... korang tunggu je la kat menara.... sampai la dia nanti.....
Jumpa nanti ok......

5 comments:

Anonymous said...

alahai... kalo lah melaka tu dekat, sure lunch time boleh join asam pedas..

Precious said...

perghhh sedapnya asam pedas!!!!

Munawar Harun said...

asam pedas tu memang best gile.... layan pulak ratah kepala ikan tuh... fuhhhhh.....

Anonymous said...

woit... asam pedas daging lg sedap tau.. terangkat beb... kalah ikan2 ni sume...

Anonymous said...

rase asam pdas tetel..mak aii meletoppp