Sunday, November 23, 2008

Jumpa Farouk Di Melaka 25-29 Nov 08

2, 3 hari ini, schedule agak tight sebab beberapa perkara penting mesti diselesaikan.... selesai sudah episod di kuala lumpur dan kini process editing sudah pun bermula.... dekat lokasi kitaorang dah pecah perut tengok gelagat diorang berdua nih.... masuk bilik editing.... editor pulak sambung ketawa sakan..... entah bila nak siap saya pun tak tahulah kalo macam nih.... hahahaahha......

Persediaan untuk ke lokasi seterusnya harus di atur rapi..... selepas ini kedua dua host ini akan berpecah mencari haluan masing masing.... Azrol ke utara dan Farouk pula akan ke selatan tanahair.... semuanya sebab nak mencari tempat makan yang paling best.

Lokasi pertama... Team Farouk akan ke Melaka. Penggambaran di sana bakal mengambil masa 5 hari.. bermula 25 nov hingga 29 nov 2008... antara lokasi yang terlibat adalah di sekitar kawasan Jonker Street, Muzium Cheng Ho, Menara Taming Sari , dan tentunya beberapa kedai makan yang telah dikenalpasti akan dikunjungi.....

Jadi, bagi sesiapa yang ingin bersama sama Farouk dalam pencarian Warung Kita, boleh ke tempat yang akan diberitahu esok......

so... korang tunggu yer..........

1 comment:

Anonymous said...

nakkkk...rindu karipap and nasmak!!
slllrrrpppp........tapau pliss...